Karnival Jualan WUS (2)

August 6, 2009
1301 hrs

Selepas kelas Korea, aku pergi berlegar di tapak jualan WUS dan sempat lepak kat gerai member dan beli pin rambut. Lari balik hostel amek kabel etc and now aku depan pc nak uploadkan gambar yang aku janjikan semalam. Btw, aku amek gambar pakai hp saja. Penang ujan dari pagi so aku tak berani bawa kuar SLR.

Keadaan masa mula2 aku p tapak tu

Keadaan masa mula2 aku p tapak tu

Jeanetta and Monica - gerai kawan aku

Jeanetta and Monica - gerai kawan aku

Aku berkenan yang warna ijau depan skali tu. RM 50... tapi tak beli la...

Aku berkenan 1 yang warna ijau. RM 50... tapi tak beli la...

Antara gerai jualan

Antara gerai jualan

Antara baju yang dijual

Antara baju yang dijual

Beg melambak2

Beg melambak2

Kusyuk memilih

Kusyuk memilih

Barang kami bukan bundle

Barang kami bukan bundle

Kaktus pun ada jual

Kaktus pun ada jual

Pilih mana satu nak

Pilih mana satu nak

Mutiara. Tatau asli @ tak ahahaha

Mutiara. Tatau asli @ tak ahahaha

Posing sblm gerak bt free show

Posing sblm gerak bt free show

Free show untuk pengunjung

Free show untuk pengunjung

Makin ramai org datang

Makin ramai org datang

So, ini la serba sedikit apa yang berlaku. Maksud aku keadaan kat sana. Sorry tak dapat letak banyak gambar. And the quality sux. Next time la letak yang lawa2.

Define kan pls?

August 5, 2009
2203 hrs

Aku br selesai bersembang dengan seorang sahabat lama. Sembang pun agak lama juga. Da nama pun bersembang dengan sahabat lama. Seronok.

Cuma ada beberapa gangguan dalam perbualan kami. Masing2 tak sihat jadi kualiti suara x bagus. Dan cuaca di tempat aku pulak tak seindah biasa. Hujan lebat. Tenggelam suara teman tu.

Apa pun, bkn ini yang nak aku cakapkan sbnrnya. Ini hanya mukadimah yang mengarut. Well, tadi dia ada cakap sesuatu yg berkenaan dengan diri dia. Tentang takdir. Tentang apa yang tersurat. Dan dia persoalkan bagaimana kita tau apa yang berlaku adalah takdir atau sesuatu yang tersurat bagi kita.

Aku pun nak tau bagaimana orang boleh keluarkan kenyataan ni. Dan aku nak tanya 1 soalan dulu. Apa itu makna sebenar bagi takdir dan tersurat?

Define it for me sehingga aku xda persoalan tentang apa itu takdir yg sebenarnya.

Karnival Jualan WUS (1)

Aug 5, 2009
1432 hrs

Meriah tol Dataran Merah kampus induk USM ari ni. Berdentum dentam bunyik musik dan hingar bingar bunyik suara pelajar2.

Ada apa?

Dari smalam, pelajar2 WUS (teras keusahawanan) membuka gerai jualan barang2 dan mempamerkn bakat bniaga. Semalam aku tak smpt nak ronda2 sgt. Ari ni br ada kesempatan.

Macam2 ada kat sini. Semalam aku cuma tengok sepintas lalu. Ada yang jual magazine lama dengan harga RM2 untuk 2 naskah… Ada yang jual kain tudung, topi, barangan bola etc.

Hari ini tak kurang meriahnya. Ada yang jadi tokey sim card, ada yang jual jam loceng (tagline : “Beli!!! Beli!!! Bangun!!! Bangun!!!), boxer (kaler pink pun ada!), minyak wangi beralkohl dan tanpa alkohol, ada yang ‘jual’ perkhidmatan melukis potret dan sebagainya.

Pemandangan yang sangat menyeronokkan. Sesak area Dewan Budaya dan Pusat Pengajian Seni dengan kehadiran pelajar2 yang datang menjenguk2 dan membeli belah.

Hmm… kalau tak silap aku, esok ada lagi. So, esok aku akan try amek gambar untuk tatapan semua. KALAU aku rajin dan ada masa la ye. Esok kelas pack dari pagi sampai petang.

Psstt : WordPress sangat2 bagus. Entry ni sebenarnya aku re-edit. Aku dah post entry ni dua jam yg lepas melalui hp. Aku berblog melalui hp saja… Sangat2 bagus kalo aku rasa tak sabar nak berceloteh tentang sesuatu.

Jin Notti + Tiket Free + H1N1

August 03, 2009
1711 hrs

Aku takkan membicarakan/membincangkan tentang hal politik atau pa pe yg berkaitan dengannya dalam blog ni. Masalah sendiri pun tak selesai, ini nak cakap pasal masalah negara pulak. Tapi, kalau ditanya pendapat aku tentang demonstrasi yang berlaku di ibu negara, aku akui…org2 yang terlibat itu sunggu bodoh.

Jin Notti, filem terbaru KRU ditayangkan kat Dewan Tuanku Syed Putra semalam, tapi aku tak p tengok pun. Masa mereka2 yang terlibat sedang sibuk bersedia untuk tayangan, aku otw nak keluar cari something mengisi tembolok ku yang dari pagi kosong. Aku lapar nasik yang teramat sangat pada waktu itu.

Aku ingatkan sambutannya takde la menggalakkan sebab adanya Raja SMS dalam filem tu. Tapi, aura Farah Fauzana lebih kuat dan rata2 yang menonton memberitahu, ‘kehadiran’ si Fafau la yang membuatkan mereka menyeret kaki menonton tayangan tersebut.

Aku cuma beli dua tiket setakat ni. Setem dan Papadom. Walaubagaimanapun, Setem tak jadi ditayangkan dan aku hanya menonton Papadom. Aku akui, pada mulanya aku agak skeptikal dengan filem Malaysia (melainkan filem arahan late Yasmin Ahmad serta Mamat Khalid). Aku dah set dalam minda, filem ni konpem mendayu2 dan membosankan.

Tapi, tanggapan aku salah. Papadom boleh diberi tabik jugak la… Dimulakan dengan persembahan boria, satu dewan gelak besar. Mulanya, aku terfikir jugak, Afdlin dah start berguru dengan Prof. Razak ke? But as the film goes on, ternyata berlainan. Of course, temanya tak lari dari apa yang biasa dipersembahkan oleh sutradara Malaysia. Papadom mengisahkan tentang pengorbanan/kerisauan/rasa over protect seorang ayah terhadap anaknya.

Ada beberapa babak yang korg akan rasa, eii, tak logiknya tapi itu boleh di ignore (bagi aku la!) dengan adanya lawak2 bersahaja dari Afdlin dan Nor Khiriah.

Towards the end, bagi aku dah agak mengarut sikit. Seakan-akan Afdlin tatau mcm mana nak end citer ni. A bit kelamkabut dan dalam tergesa2 bagi aku. Kenapa dan mengapa? Korg tengok la sendiri kalo filem ni dah kuar nanti k? Walaubagaimanapun, Papadom sangat2 menghiburkan.

Tiket Free + H1N1 ada kaitan.

Begini.

Dari minggu lepas aku demam dan asek terbatuk2. Sekarang demam dah kebah tapi batuk aku makin melarat2. Makin bertambah teruk bila aku ‘melanggar pantang’ dan makan durian dengan member semalam… mana tahan beb…

Dan hari ni, aku nekad ke Pusat Sejahtera (Pusat kesihatan kampus induk USM). Bersebelahan je dengan desa aku tp malasnya ya ammmppuunnn…. Aku mmg malas nak ke pusat tu.

Pertamanya, dibuatnya aku ada H1N1, tak ke mampos aku kene tahan/kurantin.

Keduanya, selalu ramai org.

Ketiganya, takde alasan lagi.

Well, tadi aku pergi, dicheck suhu badan etc… aku ok. Thank God for that. Cuma pegawai kesihatan tu suh aku datang balik kol 2pm amek ubat. Kol 2pm aku ada kelas so, lepas ni la kot aku p ambik ubat tu….

Apa kaitannya dengan tiket free???

Ehm, banyak universiti dah tutup kerana kes ini. Termasuklah kampus kejuruteraan USM di Sri Ampangan, Nibong Tebal. Kampus induk je tak tutup. Sebabnya, tak lama lagi nak convo. So, tahan la dulu.

Dan aku dah buat keputusan, aku akan balik ke tanah air ku masa cuti tu. Biar pun seminggu lebey je, aku nak balik jugak. Sebabnya? Aku dapat tiket free ehehehehe….

Kekasih-Tunang-Kawen

Aug 2, 2009
2020 hrs

Chanteknya time aku menaip entry ni…

Baru setel dinner. Aku makan nasi goreng ladna yang agak sedap dan membuatkan aku teringatkan kawan sekolej dan serumah aku dulu. Dia suka makanan yang berkuah2 ni. Ekceli, dalam beberapa hari ni aku asek teringatkan dia. Dan perasaan itu membuatkan aku rasa sunyi dan kehilangan sesuatu. Masa kitorg berpisah dulu (dah hbs belajar), aku dah tau, aku takkan dapat jmpa kawan mcm dia lagi. Tambahan pulak, jarang2 ada pompuan yang melekat berkawan dengan aku. Nak dekat 4 tahun kitorg bersama. Kalo aku lelaki, dah lama aku jadikan dia awek aku.

Btw, 31 July lepas kakak dia nikah. Kakak dia merangkap kenalan aku. Dan seharusnya aku berada di situ sbb dia awal2 lagi minta tulun aku untuk merakam detik manis kakak dia. Malangnya, 31 July, aku masih ada beberapa kuliah yang perlu dihadiri. Kebetulan malam tu pulak, PERKASA adakan perjumpaan… Malang.

Hari ini, Aug 1, maj di rumah pengantin perempuan diikuti esoknya di rumah pengantin lelaki. Double malang buat aku, semalam juga berlangsungnya maj perkahwinan cousin aku. I’m missing all the special moments here!!!!

Aku sms member tu smlm tp dia lambat rep. Busy katanya. Jadi, aku ambik keputusan untuk tak ganggu dia sampai la tamat maj di kedua2 mempelai… kasi dia ruang untuk bernafas ketika ada dan menikmati masa yang indah itu…

Dengar ramai2 kawen ni…terasa jugak miang nak kawen. Tapi, bukanlah semudah yang dibayangkan. Tunggulah bila tiba masanya. Tapi, kalaulah katakan aku takde jodoh dengan sesapa, aku nak jadi andartu yang berpelajaran dan bekerjaya. Dan aku akan amek anak angkat ngehehehehe….

Ok la…cukup sampai di sini angan2 aku.

Hening

July 31, 2009
0902 hrs

Mcm tu la dunia ku bt masa skrg.

Aku salah seorang dari mereka yang mengalami insomnia. Jadi keheningan itu panjang buat aku. Sakit. Dan aku benci.

Terutamanya malam tadi. Setelah 2 malam berturut2 aku tidak melelapkan mata, dan hantu tido tengah2 menggoda aku, tiba2 pulak jabatan keselamatan dan desa buat latihan kebakaran.

Dan bila kembali ke bilik, mata aku dah segar seolah2 aku baru bangun dari proses berhibernasi selama berjuta tahun. Sampai la ke pagi aku termenung menatap siling…

Jangan tanya kenapa aku tak membaca atau mengulangkaji. U try it. Stay awake for 48 hours straight dgn aktiviti yang tak putus2 dan cuba kau baca pa pe bahan ilmiah. Masuk tak dalam kepala otak?

Aku sempat membaca dialektika Socrates dan Meno (dari buku ‘Meno‘ yang dikarang Plato) dan hanya suku dari apa yang aku baca masuk dalam kepala otak. Nasib baik dialog dia menarik. Kalo sejarah ke, ekonomi ke etc…mampos nak ingat.

Ampu atau Ampun?

July 29, 2009
1507 hrs

Manusia paling aku benci.

Yang suka diampu.

Sekian terima kasih

Hangul

July 28, 2009
1235 hrs

Aku baru selesai Hangul Test.

Tipu.

Test selesai jam 1100 lebih. Sebab ada beberapa soalan aku tak dapat jawab. Sungguh malang dan tak best.

Apa itu Hangul?

Korean language.

Ada 21 vowels dan 19 consonants dalam bahasa Korea. Dan ada beberapa darinya sangat mengelirukan. Aku bergantung banyak pada ‘bunyi’ dan sebutan untuk memahami/ingati vowels or consonants tersebut (secara tepat : aku mengingati suara Hiu Sukk ku!)

Dan apabila diperdengarkan suara yang lain, aku dah hilang arah ahahah… Bad tactics!

Apa2 pun, sekarang aku dah boleh bercakap sedikit. Setakat nak memperkenalkan diri tu, petik jari je la ahahahah… (berlagak gilerrr)

It’s an interesting language to learn. Aku ingat nak minor dalam bahasa Korea tp tak ditawarkan huhuhu. Jadi, aku hanya dapat belajar yang asas sahaja. Asas pun asas laa…

Em, ok la. Lepas ni nak pekena roti cheese!

Kehilangan Besar

July 27, 2009
1527 hrs

Aku sedang menunggu sesuatu untuk mengisi tembolok bila ibu terchinta menghantar text msg

“Yasmin Ahmad dikebumikan malam ni”

Terasa gelap duniaku…

yasmin

Farewell To Yasmin Ahmad [Sumber : The Sun Online]

Setem dan Yasmin Ahmad

July 25, 2009
1559 hrs

Tayangan Setem seharusnya berlangsung jm 1500hrs td. Aku bergegas dari Dewan Utama Pelajar ke Dewan Tengku Syed Putra untuk tayangan itu. Malangnya, dalam perjalanan, aku dimaklumkan tayangan batal!

Kecewa!

Yang bagusnya, aku boleh refund ticket. Itu bagus. tp tak cukup bagus sbb aku NAK tgk filem tu.

Dan malam td, aku br berkesempatan tengok berita. Itu pun Nightline. Salah satu yang menarik perhatian aku adalah berkenaan Yasmin Ahmad.

Bagi yang mungkin belum tahu, boleh click link pada nama sutradara terkenal tersebut [atas]

Secara ringkasnya, Yasmin mengalami stroke ketika berada di Sri Pentas semalam.

Owhh…aku masih lagi berlegar-legar di ruang biru siber sedangkan Selasa depan aku ada ujian hangul!

Entah macam mana.. malam ni try pulun what I can!

« Older entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.